Tuesday, 24 July 2012

Permainan Dahulu Dan Sekarang



3. Permainan yang saya suka.
 
Saya suka bermain bola jaring kerana ia sangat seronok dan mencabar. Seperti di dalam pertandingan, kita harus bekerjasama kerana jikalau kita tidak melakukannya bersama malah kumpulan kita akan kalah dalam pertandingan tersebut. Saya amat bangga ketika bermain permainan ini kerana kita selalu akan berinteraksi antara satu sama lain jikalau seseorang itu lemah dalam satu sudut. Itu juga waktu yang sangat sesuai untuk kami meeratkan persahabatan antara satu sama lain.

1. Permainan tradisonal menarik. Berikan pendapat kamu.
Pada pendapat saya permainan tradisonal memang menarik kerana permainan-permainan ini sangat lain dibandingkan dengan permainan hari ini. Seperti chapteh , kita harus menimbang sebanyak yang mungkin. Siapa yang menimbang chapteh tersebut paling banyak , orang itulah yang akan menang. Selain daripada itu, kita juga ada permainan gasing. Permainan ini harus dimainkan di lantai yang licin. Gasing pada waktu dahulu sangat lain daripada gasing atau beyblade di hari ini. Batu seremban pula dimainkan secara sekumpulan atau pun seorang sahaja. Cara bermain ialah kita harus mencampak satu batu seremban dan pada waktu yang sama kita harus mencapai batu-batu yang lain .

2. Cara-cara untuk melestarikan(memastikan ia tetap ada) permainan tradisional Melayu di 
    kalangan pelajar.


Untuk memastikan bahawa permainan tradisonal ini masih wujud di kalangan pelajar-pelajar, pelajar haruslah kerap bermain permainan ini. Jikalau pelajar asyik bergantung kepada permainan komputer ataupun telefon bimbit, pastilah permainan tradisonal tidak akan wujud. Sekolah-sekolah pun harus mengadakan permainan sebegitu untuk memastikan pelajar tahu bagaimana permainan dahulu dimainkan dan boleh menjadi pakar dalam bidang permainan tradisonal jika mereka bermain selalu. Jadi , pelajar-pelajar harus belajar bermain permainan dahulu supaya permainan ini akan terus wujud.

No comments:

Post a Comment