Saya setuju kebersihan dapat menjamin kebahagian kerana tiada orang yang suka duduk di tempat-tempat yang di sekelilingnya itu sangat kotor.Selain daripada itu kita tidak harus membuang sampah sembarangan kerana jikalau tempat itu kotor, tidak akan ada ramai penduduk ataupun pengunjung yang akan menjejaki tempat tersebut. Kemudian ini akan menjejas reputasi penduduk-penduduk disana. Kita tidak boleh bergantung kepada majlis bandaran sahaja kita harus menolong sesama penduduk. Selalunya sampah-sampah boleh menarik perhatian serangga-serangga di luar sana seperti lipas, tikus , lalat dan banyak-banyak lagi. Serangga-serangga itulah yang akan makan sisa-sisa makanan yang terdapat di tong sampah ataupun di tempat-tempat yang ada sampah bertaburan di mana-mana.
No comments:
Post a Comment