Thursday, 26 July 2012

Ada apa pada gambar 2?


Orang yang terlibat dalam gambar ini adalah murid-murid di sekolah.Mereka sedang bermain congkok secara berkumpulan.Mereka melakukan aktiviti tersebut kerana mungkin minggu itu sekolahnya sedang mengadakan sesi permainan tradisional.Mereka melakukan aktiviti itu di dalam kelas. Mereka melakukan aktiviti itu pada hari biasa.

Tuesday, 24 July 2012

Permainan Dahulu Dan Sekarang



3. Permainan yang saya suka.
 
Saya suka bermain bola jaring kerana ia sangat seronok dan mencabar. Seperti di dalam pertandingan, kita harus bekerjasama kerana jikalau kita tidak melakukannya bersama malah kumpulan kita akan kalah dalam pertandingan tersebut. Saya amat bangga ketika bermain permainan ini kerana kita selalu akan berinteraksi antara satu sama lain jikalau seseorang itu lemah dalam satu sudut. Itu juga waktu yang sangat sesuai untuk kami meeratkan persahabatan antara satu sama lain.

1. Permainan tradisonal menarik. Berikan pendapat kamu.
Pada pendapat saya permainan tradisonal memang menarik kerana permainan-permainan ini sangat lain dibandingkan dengan permainan hari ini. Seperti chapteh , kita harus menimbang sebanyak yang mungkin. Siapa yang menimbang chapteh tersebut paling banyak , orang itulah yang akan menang. Selain daripada itu, kita juga ada permainan gasing. Permainan ini harus dimainkan di lantai yang licin. Gasing pada waktu dahulu sangat lain daripada gasing atau beyblade di hari ini. Batu seremban pula dimainkan secara sekumpulan atau pun seorang sahaja. Cara bermain ialah kita harus mencampak satu batu seremban dan pada waktu yang sama kita harus mencapai batu-batu yang lain .

2. Cara-cara untuk melestarikan(memastikan ia tetap ada) permainan tradisional Melayu di 
    kalangan pelajar.


Untuk memastikan bahawa permainan tradisonal ini masih wujud di kalangan pelajar-pelajar, pelajar haruslah kerap bermain permainan ini. Jikalau pelajar asyik bergantung kepada permainan komputer ataupun telefon bimbit, pastilah permainan tradisonal tidak akan wujud. Sekolah-sekolah pun harus mengadakan permainan sebegitu untuk memastikan pelajar tahu bagaimana permainan dahulu dimainkan dan boleh menjadi pakar dalam bidang permainan tradisonal jika mereka bermain selalu. Jadi , pelajar-pelajar harus belajar bermain permainan dahulu supaya permainan ini akan terus wujud.

Wednesday, 4 July 2012

Kebersihan sekitaran menjamin kebahagiaan


Saya setuju kebersihan dapat menjamin kebahagian kerana tiada orang yang suka duduk di tempat-tempat  yang  di sekelilingnya itu sangat kotor.Selain daripada itu kita tidak harus membuang sampah sembarangan   kerana jikalau tempat itu kotor, tidak akan ada ramai penduduk ataupun pengunjung yang akan menjejaki tempat tersebut. Kemudian ini akan menjejas reputasi penduduk-penduduk disana. Kita tidak boleh bergantung kepada majlis bandaran sahaja kita harus menolong sesama penduduk.  Selalunya sampah-sampah boleh menarik perhatian serangga-serangga di luar sana seperti lipas, tikus , lalat dan banyak-banyak lagi. Serangga-serangga itulah yang akan makan sisa-sisa makanan yang terdapat di tong sampah ataupun di tempat-tempat yang ada sampah bertaburan di mana-mana.

Cara-cara kita boleh mencegah demam denggi

Cara-Cara yang kita boleh lakukan ialah tutup sampah dengan rapat kerana nyamuk denggi dan lain-lain suka mencari makanan di tempat itu. Selain itu kita juga boleh membuang air dan jangan membuat air itu bertakung pada masa yang berpanjangan ataupun kalau mereka tidak mahu membuang air itu , mereka boleh menutup air itu. Nyamuk denggi akan bertelur dan telur itu akan terapung di kemukaan air. Kita juga boleh mengubur barang-barang bekas yang boleh menyebabkan air bertakung  . Selain itu kita boleh menggunakan penyembur nyamuk. Lipat baju atau pakaian supaya nyamuk tidak dapat menginap di situ. Beli penutup lubung baju. Dan paling penting sekali kita harus mengulang cara-cara ini setiap 2-3 bulan.

Aku seekor nyamuk Aedes

Aku seekor nyamuk aedes. Aku dilahirkan sebagai seekor biji telur yang terdapat di dalam air kosong. Setelah 1 hingga 2 hari aku akan menjadi jentik-jentik. Selepas 5 sehingga 7 hari saya akan membesar sebagai seekor kepompong. Setelah itu barulah aku menjadi seekor nyamuk yang berbadan kecil, berwarna hitam berbintik putih. Aku suka tempat di mana air bertakung seperti tempat alas pasu pokok , lubang jemuran , tangki ikan , longkang dan pasu bunga yang hidup. Aku selalu mencari mangsa-mangsaku pada awal pagi ataupun senja. Aku jugalah yang telah menyebabkan mereka mengena penyakit denggi. Jadi jagalah persekitaran kamu untuk keselamatan sekeluarga.