Friday, 9 March 2012

Filem klasik


Satu filem klasik yang saya suka tonton adalah filem Pendekar Bujang Lapok.
Siapakah yang terlibat dalam klip video itu?
-Cikgu, sudin , ajis , satar dan murid yang lain
Apakah yang dilakukan oleh watak-watak yang terlibat?
-Cikgu : Sedang mengajar murid-muridnya yang buta huruf
-Sudin,ajis,satar : Cuba membaca huruf yang telah ditunjuk oleh cikgu
-Murid-murid : Mentertawakan sesiapa yang salah menyebut huruf-huruf yang ditunjuk oleh cikgu
Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian?
-cikgu : Harus mengajar murid-muridnya kerana itu memang kerja seorang guru.
-Ajis , satar , sudin : Belajar bagaimana harus huruf itu tersebutkan
-Murid-murid : mereka rasa kelakar kerana itulah mereka mentertawakan mereka bertiga
Di mana perkara itu dilakukan?
-Perkara itu dilakukan di dalam sebuah kelas.
Bila perkara/kelakuan itu berlaku?
-Ia mungkin berlaku pada waktu tengah hari.
Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu?
-Mereka sedang duduk di kerusi dan sedang mendengar apa yang dikatakan oleh gurunya. Sementara gurunya sedang berdiri sambil mengajar murid-muridnya.
Perasaan watak-watak?
-Watak-watak berasa sangat gembira kerana di dalam klip tersebut, mereka kelihatan sedang mentertawakan antara satu sama lain. Ada juga yang mungkin berasa malu kerana sebutannya salah.
Perasaan kamu mengenai adengan itu?
-Saya berasa bahawa mereka tidak sepatutnya mentertawakan orang jikalau mereka tidak tahu sesuatu.
Apakah yang kamu pelajari daripada adengan itu?
-Saya pelajari huruf huruf di dalam adengan ini. Dan juga saya pelajari bahawa kita tidak harus mentertawakan orang jikalau kita sendiri tidak tahu perkara yang sama.
Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada menonton adengan itu dalam kehidupan kamu seharian?
-Saya tidak harus mengikut tabiat-tabiat di dalam kelas itu kerana kita boleh membuat hati seseorang itu tersinggung. Kita sepatutnya menolong bukannya mentertawakan mereka.

No comments:

Post a Comment