Wednesday, 21 March 2012

Menonton persembahan di Museum Bukit Chandu

Salah satu pameran di museum Bukit Chandu

Pintu masuk Museum Bukit Chandu


Siapakah yang terlibat dalam gambar itu?
- Di dalam gambar tersebut ada murid-murid , pelakon perempuan dan lelaki , seorang guru perempuan dan juga orang yang sedang duduk di kounter.

Apakah yang dilakukan oleh watak-watak  terlibat?
- Murid-murid  dan guru itu sedang menonton persembahan dari pelakon lelaki dan perempuan tersebut.
- Orang di kounter itu sedang membuat kerjanya.
- Pelakon itu sedang melakonkan watak mereka masing-masing.

 Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian?
- Murid-murid itu melakukan perkara tersebut kerana sekolah mungkin telah membayarkan setengah harga untuk menonton persembahan itu dan juga mempelajarinya.
-Gurunya melakukan perkara tersebut kerana dia harus menonton dengan murid-muridnya sekali kerana itu memang khas itu mereka.
-Pelakon itu melakukan perkara tersebut kerana itu adalah tugas mereka untuk melakonkan watak mereka sendiri.
-Orang yang di kounter itu sedang mejalankan tugas kerjanya.

Di mana perkara itu dilakukan?
-Perkara itu dilakukan di sebuah Museum Bukit Chandu.

Bila perkara/kelakuan itu berlaku?
-Perkara itu mungkin berlaku pada waktu petang atau mungkin pagi.

Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu?
-Murid-murid dan guru tersebut menonton sambil duduk.
-pelakon itu sedang mempersembahkan watak mereka.
-orang yang di kounter itu sedang duduk sambil membuat kerja di dalam komputer.




Perasaan watak-watak?
- Watak-watak berasa terhibur dengan persembahan tersebut.

Perasaan kamu mengenai adegan itu?
- Saya berasa bahawa saya teringin pergi ke Museum Bukit Chandu kerana saya tidak pernah lihat bagaimana sekeliling di situ.

Apakah yang kamu pelajari daripada gambar itu?
-Saya pelajari supaya jangan lupakan sejarah dahulu.Terutama sekali orang-orang yang telah menyelamatkan negera Singapura. Selain daripada itu , kita harus ingat tentang cara mereka hidup pada masa dahulu dan dibandingkan dengan sekarang sangat berbeza.

Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada gambar-gambar itu dalam kehidupan kamu seharian?
- Saya dapat  kongsi bagaimana cara kehidupan seharian orang-orang dahulu dengan adik-adik saya ataupun orang yang tidak mengambil kisah tentang sejarah dahulu. Mungkin kita dapat menjadi seperti mereka sewaktu kita sudah menjandi lebih matang.

Friday, 9 March 2012

Filem klasik


Satu filem klasik yang saya suka tonton adalah filem Pendekar Bujang Lapok.
Siapakah yang terlibat dalam klip video itu?
-Cikgu, sudin , ajis , satar dan murid yang lain
Apakah yang dilakukan oleh watak-watak yang terlibat?
-Cikgu : Sedang mengajar murid-muridnya yang buta huruf
-Sudin,ajis,satar : Cuba membaca huruf yang telah ditunjuk oleh cikgu
-Murid-murid : Mentertawakan sesiapa yang salah menyebut huruf-huruf yang ditunjuk oleh cikgu
Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian?
-cikgu : Harus mengajar murid-muridnya kerana itu memang kerja seorang guru.
-Ajis , satar , sudin : Belajar bagaimana harus huruf itu tersebutkan
-Murid-murid : mereka rasa kelakar kerana itulah mereka mentertawakan mereka bertiga
Di mana perkara itu dilakukan?
-Perkara itu dilakukan di dalam sebuah kelas.
Bila perkara/kelakuan itu berlaku?
-Ia mungkin berlaku pada waktu tengah hari.
Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu?
-Mereka sedang duduk di kerusi dan sedang mendengar apa yang dikatakan oleh gurunya. Sementara gurunya sedang berdiri sambil mengajar murid-muridnya.
Perasaan watak-watak?
-Watak-watak berasa sangat gembira kerana di dalam klip tersebut, mereka kelihatan sedang mentertawakan antara satu sama lain. Ada juga yang mungkin berasa malu kerana sebutannya salah.
Perasaan kamu mengenai adengan itu?
-Saya berasa bahawa mereka tidak sepatutnya mentertawakan orang jikalau mereka tidak tahu sesuatu.
Apakah yang kamu pelajari daripada adengan itu?
-Saya pelajari huruf huruf di dalam adengan ini. Dan juga saya pelajari bahawa kita tidak harus mentertawakan orang jikalau kita sendiri tidak tahu perkara yang sama.
Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada menonton adengan itu dalam kehidupan kamu seharian?
-Saya tidak harus mengikut tabiat-tabiat di dalam kelas itu kerana kita boleh membuat hati seseorang itu tersinggung. Kita sepatutnya menolong bukannya mentertawakan mereka.

Tuesday, 6 March 2012

Filem Klasik



Satu filem klasik yang saya suka tonton adalah filem Pendekar bujang lapok
 
Siapakah yang terlibat dalam klip video ini?
Bedasarkan klip video ini , ia melibatkan Ramli,Sudin,Ajis,Pak Mail dan Aini
 
Apakah yang dilakukan oleh watak-watak yang terlibat?
-Satar mencuba alat biola tersebut dan lalu menyoalkan pak mail apakah nama alat tersebut.
-Ajis mencuba alat bango itu dan lalu pak mail tiba dan cuba menjelaskan apa nama alat tersebut itu. Ajis pula lalu membetulkan sebutan pak mail.
-Ramli sedang memegang alat muzik.
-Aini sedang memanggil pak mail untuk melihat keadaan anaknya Ros.
 
Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian?
-Mungkin mereka ingin mencuba alat baru yang mereka tidak ketahui.
-Aini mungkin ingin pak mail melihat anaknya.
 
Di mana perkara itu dilakukan?
-Ia berlaku di dalam sebuah bilik.
 
Bila perkara/kelakuan ini berlaku?
-Ia mungkin berlaku pada waktu malam.
 
Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu?
- Mereka bermain alat tersebut da lalu menyoal pak mail.
-Aini bersuara kepada pak mail.
 
Perasaan watak-watak?
-Mereka mungkin berasa gembira pada ketika itu.
 
Perasaan kamu mengenai adegan itu?
-Saya berasa sangat cemburu kerana mereka dapat mencuba alat-alat tersebut kerana pada zaman sekarang ia sangat sukar untuk menjumpanya.Saya juga berasa bahawa video ini sangat lucu kerana cara mereka menyebutkan nama alat itu berbeza-beza.
 
Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada menonton adegan itu dalam kehidupan kamu seharian?
-Saya dapat mempelajari bahawa saya harus menyoal seseorang yang lebih mengetahui tentang benda atau soalan tersebut. Jikalau saya tidak tahu, saya mungkin tidak dapat mempelajari sesuatu yang baru. Saya juga mungkin dapat mengongsi sesuatu benda itu dengan rakan-rakan atau keluarga yang lain.