Daripada:
farhana@budaya.com
Kepada:
adlin@oceanview.edu.sg
Subjek: Penceramah undangan minggu permainan tradisional
Adlin,
Saya sudah menerima emel anda pada dua hari yang lalu. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas undangan anda sempena Minggu Permainan Tradisional di Sekolah Menengah Ocean View. Dengan berbesar hati, saya menerima undangan anda. Berikut adalah perincian ceramah saya.
Pertama, ceramah saya akan berlangsung selama satu jam. Dalam satu jam, saya akan berkongsi
pengalaman saya dengan menggunakan slaid titik kuasa. Selain daripada itu, saya akan memperkenalkan permainan-permainan tradisional seperti gasing.
Selanjutnya, saya akan mengadakan sesi demostrasi. Saya akan mengajar para pelajar bagaimana untuk bermain permainan seperti gasing. Ia itu seperti melempar gasing dan lalu mengikat tali gasing tersebut.
Terakhir sekali, saya memerlukan gasing. Saya perlukan seseorang untuk menolong saya sediakan gasing-gasing tersebut agar setiap murid akan dapat mencuba permainan itu.
Saya berharap melalui ceramah saya ini, ia akan menggalakkan para pelajar untuk terus melestarikan permainan tradisional Melayu. Moga-moga ilmu yang ingin saya kongsi akan mendatangkan manfaat.Sehingga kita bertemu nanti.
Terima Kasih.
Yang Benar,
Puan Farhana